Monday, 16 December 2019

REZEKI = EFFORT

Assalammualaikum, dah lama juga Izyan tak buat blogger ni eih.. boleh dikatakan 6 bulan tak berblogger.. rindu laa nak berblogger ni. Cuma harini jer yang sempat nak share somethings. 

Sebenarnya Izyan dah trying so hard to manage masa nak buat entry baru, but then, memang tak ada masa (masa tu ada, kerajinan je takdak). Buat pengetahuan semua, Izyan dah masuk semester 7 (Industrial training), pejam celik pejam celik, kejap jer masa berlalu kan. 

So, nak jadikan cerita Izyan dah masuk week 4 for Industrial Training di sebuah syarikat swasta di Alor Setar. hahahahaa, kejap jer rasa, bulan 3 nanti baru habis LI. Semuanya berjalan lancar guys! Don't worry. Masih terkawal, dan semua office-mates baik-baik jer, caring and so friendly. 

Alhamdulillah, dapat positive environment and provocative. (mencelah kejap)


IZYAN DAH LI ? Seriuslaa...

  • First things first, Izyan survey dulu sebelum apa-apa or send the resume/letter form dekat organization tu. Izyan memang berminat dengan this company for the first sight  at their development project area-area Alor Setar. Memang hantar resume dekat satu tempat ni jaa. Confident gila time tu. (doa ja time tu supaya dapat), tapi supervisor untuk Latihan Industri cakap kena sekurang-kurangnya 2, so cuba nasib dekat satu buah syarikat swasta juga (sebab nak belajar the new things) tak salah cuba nasib. 
  • Kebanyakkan kawan-kawan Izyan buat LI dekat tempat kerajaan. So, Izyan nak cuba lain dari yang lain laa.
  • Niat kena betul, nak datang LI untuk tambah ilmu atau nak elaun tinggi-tinggi.
  • Kita latihan industri ni ibaratkan permulaan kita dalam menduduki alam perkerjaan di masa akan datang, kita bukan orang luar dalam syarikat tu, tapi kita berkerja selain tambah ilmu.
  • Dan pastikan kena dengan korang punya bidang diploma korang sebab senang nak tulis report nanti melainkan korang pandai mengolah ayat. 😅 Sebab Izyan bidang Business In Management tapi dapat department bahagian Project Management. Kalau cerita ja mengenai project management ni memang akan berkaitan dengan organize, planning, executing, controlling, and closing the team for capai matlamat syarikat itu. Sebenarnya, ada juga kena mengena dengan Business In Management., kalau kita boleh kaitkan, kenapa tidak kan? 
Imperio Development
Display for our project (scale model) 

dan semua orang ada rezeki masing-masing.... 
ONE THINGS NAK PESAN, in this life, u won't always get u want. But remember, by being grateful for what u have, u're inviting more goodness into u life. Appreciate what He has bestowed on u always. Please be positive mind 💖


Rezeki = EFFORT 

"Let's not associate one's abundant or lack of rezeki with one's hard work"
Understand that all forms of rezeki come from Allah swt, Sometimes Allah swt gives more and sometimes He withholds. Our task is to accept His will with sabar (patience), syukur (gratitude), and qanaah (contentment) 
- with what He had blessed us with. And that, is the key to be more happiness or true happy.

Thursday, 20 June 2019

Alamak, NEW COMMITMENT !!

Assalammualaikum ! Eh! lamakan Izyan tak publish new post dekat sini. 
Lately ni memang busy gila, your know what ? Izyan dah delete post lama! Oh nice Izyan nice! Back to story, sekarang Izyan dah ada commitment as Majlis Perwakilan Pelajar 2019/2020 (MPP) di Kptm Alor Setar. 

Mpp 19/20

Maybe agak rushing untuk publish new entry tanpa ada feeling. Hahahaa. (sekarang Izyan Cuti sem dan sem depan dah sem 6 uollss!!) 

So, Izyan nak share sikitlah pengalaman Izyan lepas dapat tanggungjawab dalam MPP ni, selaku Exco Kediaman dan Luar Kampus. Alhamdulillah untuk jawatan ini dan ni adalah satu cabaran dan taklupa juga Izyan nak dapatkan lagi pengalaman baru sebab sebelum ini Izyan hanya didalam Majlis Perwakilan Kediaman (MPK) sahaja. Nak suarakan nasib-nasib pelajar yang tinggal diasrama agak susah sebab kena melalui MPP jugak. And the ends of sem 3 Izyan telah memutuskan keputusan untuk masuk dalam percalonan MPP 19/20 dan  undian adalah daripada pelajar-pelajar Kptm Alor Setar sendiri dan of courselah kena promote diri sendiri.. 

Cabaran yang bakal dilalui adalah sangat mencabar dan cara pengurusan masa tu amat penting supaya tak terlalu tekanan dalam belajar. 

Disini, Izyan nak share how we handle the event together and make a new friendship antara kitaorang semua.

makan-makan (4 Mei 19)
One things is , kitaorang semua daripada kos yang berbeza dan jaranglah nak bercakap (sebelum jadi Mpp). Tapi nak dikatakan kitaorang memang kadang-kadang tu tak pernah pun berjumpa. Walaupun Kptm Alor Setar ni bangunan kedai jer. Tapi realiti, kecil-kecil KPTM AS ni pun jaranglah nak berjumpa. 

Nak jadikan cerita tak silap 27 Feb 2019 kami telahpun diberikan tanggungjawab selaku Mpp baru. 

Nak uruskan satu event memang agak sukar kalau tak ada teamwork yang bermutu. Tapi, Izyan bersyukur gila sebab dapat teammate yang semua bagi kerjasama yang baik dan berkualiti. Semua mempunyai tugasan dan peranan yang berbeza dalam melaksanakan apa-apa jua event tidak kiralah sebelum kejadian, semasa kejadian dan selepas kejadian. Semuanya berjalan seperti yang dirancang walaupun bukan hundred percent  tetapi cukuplah kita cakap ikut flow seperti yang di dalam tentatif program event tersebut.

Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri (10 Jun 19)
Nak jadikan cerita sebelum event kami akan buat meeting and discussion. Meeting and discussion ni penting untuk team. Alhamdulillah, dapat pulak leader (presiden) yang efektif  ツ cukuplah yang mampu merangka perjalanan dan memberikan nasihat/jalan penyelesaian dalam sesuatu permasalahan yang berlaku. 


Teamwork adalah penentuan sama ada berjaya atau tidak sesuatu organisasi tersebut.  kita perlu faham dalam setiap event atau meeting yang kita nak lakukan, kadang tu tak semua akan turut serta, dan kira perlu respect mereka. Untuk mencapai kerjasama team yang baik bukanlah hal yang mudah, kita perlu bersikap positif. Semua orang ada kelebihan dan kekurangan, dan dalam teamwork inilah kita boleh menonjolkan keunikan masing-masing. Cukuplah guna teamwork rules! 
 


Teamwork rules ???
what its? 

  1. Follow the leader
  2. Communication
  3. Coordination
  4. Achieving a goal
  5. Collaborate


masa ni habis  Iftar Jamaie dan Nuzul Al-Quran (20 Mei 19)
Dalam Mpp juga, Izyan belajar dimana kita perlukan masa untuk kita spend together with our teammate, masa ni yang dapat menyatukan dan memperkuatkan lagi ikatan dalam team supaya tidak bercerai berai. Hahahahaa.. Nanti jenuhlah nak bermasam muka dalam satu team, tak bestlah kalau macam tu! Cukuplah handle satu event dan bermasam muka dalam event tersebut jer dan diluar kita boleh make a joke dan menggila bersama-sama. ☺

Alamak ! New Commitment ni bukan masalah yang besar, tapi masalah besar bila takdapat bahagikan masa . 


Motivation is what get you started.
Commitment is what keeps you going. 

MPP 19/20 bersama Pengarah Kptmas




Monday, 25 February 2019

PERCUTIAN BAJET ala student di Pulau Langkawi

Assalammualaikum semua, Izyan akan ceritakan kos untuk ke Pulau Langkawi ala-ala student (nak bajetkan?) Sebenarnya kos dia adalah kos pengangkutan, penginapan dan kos aktiviti SAHAJA. Izyan tak masukkan lagi kos untuk makan sarapan, tengahri/petang atau malam sebabnya itu ikut keinginan korang (maybe akan ada yg kos lagi murah dari kos trip Izyan ni) dan Izyan akan share jugak tempat makan kitaorang sepanjang 3 hari 2 malam disana. Kalau bercuti dengan kawan-kawan lagi berbaloi dan kos rendah!! Ini serius ok, pergilah 2-5 orang ke takdak laa rasa beban sangat nak menanggung kesemua kos pengangkutan (kereta sewa) dan penginapan.







Izyan ringkaskan semua bajet kos eh? Senang sikit korang nak survey.. hahahaa.

Bajet untuk sorang RM350-RM400 (mengikut anggaran)

1. Tiket pergi dan balik RM50 seorang (Dari Jeti Kuala Kedah)

2Kereta sewa sehari RM60 (ikutlah nak bahagi dengan berapa orang) dan kitorang just naik myvi lama. Bagi Izyan kereta ni okeylah untuk 2-5 orang kalau luggage tak banyak laa.. hahahaha kang ada yang duduk atas bumbung kereta. Duit minyak pulak bahagilah sama rata contoh RM10 seorang untuk kesatu-satu tempat kalau jauhlah depend dengan tempat tertentu. Ada lagi murah RM40 tapi kitaorang terdesak time ni ,    Jangan lupa pakai waze!

3Motel Amzar adalah tempat penginapan kitaorang dengan harga RM95 sehari dpt katil queen (bahagilah dengan 2-3 orang) Motel ni dekat dengan Pantai Cenang, jimat masa dan tenaga. Tak perlu guna pengangkutan sangat so jimat duit minyak.

4Skycab package RM40 seorang untuk combo A (murah dari combo D) tapi just ada SkyCab + Skydome + Sky Rex + 3D Art = COMBO A. Izyan nak korang pergilah dalam pukul 11 pagi ok sbb timing tu penting untuk korang menikmati k aktiviti-aktiviti korang dekat sana dan takdaklah tergesa-gesa dan Izyan nak bagi amaran jangan beli minuman dekat bawah kalau nak naik cable car sebab diorang akan suruh korang letak minuman dekat bawah. Izyan dah pesan dah ok! Jangan kata Izyan tak pesan. Kalau nak beli minuman dekat atas pun boleh... JANGAN LUPA BAWAK MYKAD!


5. Nak pergi naik boat pun boleh RM180 (satu boat dan bahagilah dengan kawan) kan jimat . Dengan masuk dalam Gua Kelawar adult RM2 / Child RM1 + touchlight RM1 (sebab  dekat dalam gua tu gelap so perlukan touchlight) dan ada pakej mahal RM250 satu boat tambahan dalam pakej tu korang boleh bagi makan dekat ikan ala-ala memo gitu.

Nasi lemak ikan bilis
Tea Suam
(Rm6.50)
6. Sepanjang dekat sana Izyan rasa breakfast di Warung Coffee Langkawi berhadapan dengan AB Motel sangat-sangatlah berbaloi-baloiii. Tak rugi pun kalau korang makan bajet-bajet, sekadar nak alas perut. Izyan nak warning kat korang untuk yang nak  breakfast dekat sini, korang kena awal-awal sebab ramai orang. (Start pukul 8 pagi dah ramai, macam kitaorang pukul 7.30 pagi dah ada dekat sana) Makanan pun sedap dan berpatutan tak rugi punn. Kalau nak jimat sangat haaa... beli roti + jem dan jadilah macam orang puteh. hahahaa. silap-silap boleh kurus. 


7. Maybe korang nak makan malam yang sedap ada di Restoran Hafizi Ramli dgn menu makanan thai seperti tomyam or nak makan seafood, korang bolehlah try makan ikan siakap 3 rasa dan harga pun memang sedap jugak.

8. D'grill seafood juga adalah salah satu restoran yang hipster dan harga hipster jugak sebab agak mahal tapi restoran dekat dengan Motel Amzar, time malam memang best dengan sejuk + dengar ombak pantai lagi.. 


Ini salah satu menu yang sedap Nasi goreng ikan masin (Rm10) tak silap Izyan.



  WARNING UNTUK KORANG YANG SUKA KELUAR SORANG-SORANG

  1. Jangan jalan sorang-sorang 
  2. Kalau rasa seram sejuk dekat satu-satu tempat tu (maybe ada orang pandang korang lain macam tu korang jalan cepat dan pergi dekat tempat yang ramai orang or masuk dalam gerai/kedai)
  3. Pastikan kemana korang nak pergi inform kawan korang or parents korang untuk langkah keselamatan.
  4. Make sure korang tak pakai banyak barang kemas because of that akan terjadinya kes ragut. 
  5. Jangan senyum dekat orang yang entah apa-apa. (japgi mesti diorang perasan)
  6. Buat-buat jalan sambil main phone. 
  7. Kalau rasa ada orang ikut cepat-cepat call kawan sebab risiko tu memang ada kalau korang keluar sorang. 
  8. Jangan lupa baca ayat kursi time keluar dan mintak dekat Allah agar dijaga dan dibawah lindungan-Nya. 



::: Apa yang ada time malam-malam dekat sana? :::
Jujur Izyan cakap malam-malam lagi meriah dari petang sebab korang akan nampak ramai orang keluar dari sarang masing-masing. Ceh mcm burung dahh. Dekat tepi Pantai Cenang ada tempat mengurut (muslim) dan ada fire show dekat tempat orang-orang bershishaa.. dan ramai mat minah saleh. 

::: Boleh ke pergi sana dengan package yang agensi sediakan? :::
Izyan lagi suka korang pergi dengan agensi yang berdaftar! dan Izyan rasa lagi murah dan berbaloi dari korang plan sendiri. Asalkan tempah awal semuanya. :)

::: Bahagian mana paling best kalau bercuti dekat sana? :::
Izyan rasa best area Pantai Cenang! Sebab Izyan suka view time senjaa. Nampaklah keindahan ciptaan Allah. 

::: Izyan rasa motel tu selesa ke tidak? :::
Selesa kalau korang tak demand tinggi dan korang just nak tidur (takhabiskan masa dalam bilik jer) sebab nama pun motel, so dia biasa-biasa jer. 

::: Makanan sana mahaih ka? ::: 
Mahaih laa jugak, agak-agak dan takdak laa harga student. Tapi kalau nak diet makan roti + jem/kaya tu okey laa.

::: Motel sediakan sejadah ke telekung ke?:::
Tak sediakan, bawak sendiri. Maybe sebab Izyan bawak semua dah kot, so Izyan taklah serabut sangat nak fikir.

::: Apa jer ada dekat Langkawi Walk tu?:::
Gerai/kedai makan, buah-buahan dan souvenir. 

LIST CONTACT FOR ALL THE SERVICE YANG IZYAN GUNAKAN




Selamat bercuti bagi sesiapa yang nak bercuti di PULAU LANGKAWI, KEDAH. ❤❤❤❤❤


Izyan akan teruskan berblogger lepas final exam ok !! maybe bulan 3 pulak.