![]() |
| Assalammualaikum semua 💓 |
Bajet percutian selalu ditanya kalau kita pergi bercuti kan? So, Izyan akan kongsikan sedikit bajet-bajet Izyan yang bulan lepas ke Tanah Tinggi, Cameron Highland bersama kawan-kawan Izyan selama 3 hari 2 malam iaitu pada 15 Ogos 2020 hingga 17 Ogos 2020 yang lalu. Bajet ini merangkumi kos perjalanan pergi dan balik serta kos penginapan sahaja, So Izyan akan share dekat korang pengalaman Izyan ke sana. Percutian ini pergi ramai-ramai sebab itu jimat.
TRIP CAMERON HIGHLANG
[ 6 ORANG ]
⇒ Kos perjalanan pergi dan balik termasuk (tol/minyak/kereta sewa)
Sebenarnya kos ini kurang dari bajet sebenar, disebabkan kami plan untuk mencari kereta sewa yang murah 🚗 dan kami bercadang untuk singgah ke Ipoh, Perak dahulu sebelum naik ke Cameron Highland. Cukup-cukup dengan bajet kami semua, tidak ada kebocoran yee uolls. fuh fuhh... Trips perjalanan bermula dari Penang ke Perak dan menuju ke Cameron Highland.
Tol :seorang Rm7.00 (Rm42.00 utk trip ini)
Duit minyak : seorang Rm 28.00 (Rm168.00)
Kereta Sewa : Kereta Alza (3hari, Rm430.00) - Rm72.00 Seorang, ada seorang akan bayarkan deposit sepenuhnya dan nanti dia akan ambik balik deposit tu dari owner kereta sewa pada hari terakhir dan kami memilih untuk menyewa kereta dekat Penang jee..
Bajet Person : Rm107.00, dan kami bajet semasa perbincangan adalah RM115.00 dan akhirnya kami dapat mencari kereta sewa yang murah, survey punya survey dengan effort masing-masing nak cari yang paling murah, Alhamdulillah dapat jugak.
⇒ Kos penginapan
Kami mencari di Agoda dan kebetulan bila orang baru nak register in Agoda dia akan bagi promotion murah-murah jadi kami ambik peluang untuk cari penginapan yang selesa. Kami memilih untuk duduk di Quintet Apartments @ Cameron yang terletak di Tanah Rata (2 Malam pagi terakhir tengahari keluar, Rm413.00)
Kenapa kami pilih penginapan dekat sini? Padahal mahal?
Sebabnyaaa... kami nak ada pelbagai kelengkapan seperti kita duduk rumah kita dan nak yang luas dan tak sesak langsung. Sebab tu laa kami menginap dekat sini dan memang berpuas hati sebab selasa gilaaa. banyak kelengkapan disediakan sebabnya baru lagi iaitu Iron with board, ada hot water ye untuk mandi shower, ada pinggan mangkuk, ada dapur eletrik, peti sejuk, smart tv with cabinet tv, car pack free for guest, tapi microwave tak function pulak masa kami menginap dekat sana makanan kami hampir sejuk, hahahahaaa.. but nice facilities and good service.
Bajet person : RM 68.00
BAJET KESELURUHAN ADALAH : RM175 (Seorang) dan tak termasuk makan minum / perbelanjaan dekat sana.. perpare RM300.00 ...
Story Morey and pesanan ringkas 😇😇
Izyan punya member dari Kedah akan terus ke Penang KTM, so bajet diorang akan terlebih sikit dan Izyan dari Kuala Lumpur terus ke Penang (Izyan tak masukkan dalam bajet sebab bajet itu personal) dan kitorang take a long time for cause of kami tak plan masa, dan kami bertolak ke sana pun dah tengahari.
Di Perak, kami pergi banyak tempat jugak dan tempat-tempat jarak dekat-dekat sangat jimat kami terus ke Cameron Highland. Alhamdulillah semasa kami bertolak ke sana kami tidak mengalami sebarang jem langsung, segala urusan dipermudahkan...
Short Trip Ipoh, Perak :
1. Bulatan Amanjaya, Ipoh
2. Ipoh Railway Station
3. Birch Memorial Clock Tower
4. Wife lane / Concubine lane / Second Concubine
5. Art of Old town
6. Taman Rekreasi Dr. Seenivasagam
7. Tasik Cermin Gunung Rapat
8. Handramout Paradise Restaurant (time balik) Nasi Mandy perghhh !!
Short Trip di Cameron Highland :
1. Golden Hills Weekend Night Market
2. Cameron Valley Tea House / Bharat Tea Plantations Sdn. Bhd.
3. Mardi Tanah Rata
4. Strawberry Farm Kea
5. Medan Agro Kea Farm
6. Pasar pagi Kea Farm
7. The sheep Sanctuary
8. Scorner Center Market
9. Lavender Garden (Cameron Lavender)
Actually, sesetengah tempat kami tak singgah lama sangat sebab hari nak hujan dan cuaca mendung. Pesanan Izyan, jangan pergi musim hujan nanti semua aktiviti tak boleh nak buat dan selalunya masa musim hujan akan ada tanah runtuh di lereng bukit akan ada hakisan akibat hujan lebat, so kena hati-hati dan berwaspada sebab malang tak berbau kan?
Izyan tak masuk sekali tempat kitorang makan sebab Izyan lupa nama tempat tu dan termasuklah segala bajet makan dan harga (izyan tak catat apa-apa pun) maaf andai ada terkurang apa-apa ye..
KEPADA yang ingin bercuti beringatlah kita tak bebas lagi dari Pandemic Covid-19, jaga diri kekalkan momentum kebersihan diri dan jaga jarak anda dengan orang awam (jangan lupa bawak hand sanitizer dan face mask lebih)
NEXT TRIP KE MANA ?? Stay tuned for my update oke !!
Thank you for support Izyan, love you!!!! 💖💖💖
BYE GUYS ! STAY SAFE AND STAY HEALTY :)














