Assalammualaikum semua, Izyan akan ceritakan kos untuk ke Pulau Langkawi ala-ala student (nak bajetkan?) Sebenarnya kos dia adalah kos pengangkutan, penginapan dan kos aktiviti SAHAJA. Izyan tak masukkan lagi kos untuk makan sarapan, tengahri/petang atau malam sebabnya itu ikut keinginan korang (maybe akan ada yg kos lagi murah dari kos trip Izyan ni) dan Izyan akan share jugak tempat makan kitaorang sepanjang 3 hari 2 malam disana. Kalau bercuti dengan kawan-kawan lagi berbaloi dan kos rendah!! Ini serius ok, pergilah 2-5 orang ke takdak laa rasa beban sangat nak menanggung kesemua kos pengangkutan (kereta sewa) dan penginapan.
Izyan ringkaskan semua bajet kos eh? Senang sikit korang nak survey.. hahahaa.
Bajet untuk sorang RM350-RM400 (mengikut anggaran)
1. Tiket pergi dan balik RM50 seorang (Dari Jeti Kuala Kedah)
2. Kereta sewa sehari RM60 (ikutlah nak bahagi dengan berapa orang) dan kitorang just naik myvi lama. Bagi Izyan kereta ni okeylah untuk 2-5 orang kalau luggage tak banyak laa.. hahahaha kang ada yang duduk atas bumbung kereta. Duit minyak pulak bahagilah sama rata contoh RM10 seorang untuk kesatu-satu tempat kalau jauhlah depend dengan tempat tertentu. Ada lagi murah RM40 tapi kitaorang terdesak time ni , Jangan lupa pakai waze!
3. Motel Amzar adalah tempat penginapan kitaorang dengan harga RM95 sehari dpt katil queen (bahagilah dengan 2-3 orang) Motel ni dekat dengan Pantai Cenang, jimat masa dan tenaga. Tak perlu guna pengangkutan sangat so jimat duit minyak.
4. Skycab package RM40 seorang untuk combo A (murah dari combo D) tapi just ada SkyCab + Skydome + Sky Rex + 3D Art = COMBO A. Izyan nak korang pergilah dalam pukul 11 pagi ok sbb timing tu penting untuk korang menikmati k aktiviti-aktiviti korang dekat sana dan takdaklah tergesa-gesa dan Izyan nak bagi amaran jangan beli minuman dekat bawah kalau nak naik cable car sebab diorang akan suruh korang letak minuman dekat bawah. Izyan dah pesan dah ok! Jangan kata Izyan tak pesan. Kalau nak beli minuman dekat atas pun boleh... JANGAN LUPA BAWAK MYKAD!
5. Nak pergi naik boat pun boleh RM180 (satu boat dan bahagilah dengan kawan) kan jimat . Dengan masuk dalam Gua Kelawar adult RM2 / Child RM1 + touchlight RM1 (sebab dekat dalam gua tu gelap so perlukan touchlight) dan ada pakej mahal RM250 satu boat tambahan dalam pakej tu korang boleh bagi makan dekat ikan ala-ala memo gitu.
![]() |
| Nasi lemak ikan bilis Tea Suam (Rm6.50) |
6. Sepanjang dekat sana Izyan rasa breakfast di Warung Coffee Langkawi berhadapan dengan AB Motel sangat-sangatlah berbaloi-baloiii. Tak rugi pun kalau korang makan bajet-bajet, sekadar nak alas perut. Izyan nak warning kat korang untuk yang nak breakfast dekat sini, korang kena awal-awal sebab ramai orang. (Start pukul 8 pagi dah ramai, macam kitaorang pukul 7.30 pagi dah ada dekat sana) Makanan pun sedap dan berpatutan tak rugi punn. Kalau nak jimat sangat haaa... beli roti + jem dan jadilah macam orang puteh. hahahaa. silap-silap boleh kurus.
7. Maybe korang nak makan malam yang sedap ada di Restoran Hafizi Ramli dgn menu makanan thai seperti tomyam or nak makan seafood, korang bolehlah try makan ikan siakap 3 rasa dan harga pun memang sedap jugak.
8. D'grill seafood juga adalah salah satu restoran yang hipster dan harga hipster jugak sebab agak mahal tapi restoran dekat dengan Motel Amzar, time malam memang best dengan sejuk + dengar ombak pantai lagi..
![]() |
| Ini salah satu menu yang sedap Nasi goreng ikan masin (Rm10) tak silap Izyan. |
- Jangan jalan sorang-sorang
- Kalau rasa seram sejuk dekat satu-satu tempat tu (maybe ada orang pandang korang lain macam tu korang jalan cepat dan pergi dekat tempat yang ramai orang or masuk dalam gerai/kedai)
- Pastikan kemana korang nak pergi inform kawan korang or parents korang untuk langkah keselamatan.
- Make sure korang tak pakai banyak barang kemas because of that akan terjadinya kes ragut.
- Jangan senyum dekat orang yang entah apa-apa. (japgi mesti diorang perasan)
- Buat-buat jalan sambil main phone.
- Kalau rasa ada orang ikut cepat-cepat call kawan sebab risiko tu memang ada kalau korang keluar sorang.
- Jangan lupa baca ayat kursi time keluar dan mintak dekat Allah agar dijaga dan dibawah lindungan-Nya.
::: Apa yang ada time malam-malam dekat sana? :::
Jujur Izyan cakap malam-malam lagi meriah dari petang sebab korang akan nampak ramai orang keluar dari sarang masing-masing. Ceh mcm burung dahh. Dekat tepi Pantai Cenang ada tempat mengurut (muslim) dan ada fire show dekat tempat orang-orang bershishaa.. dan ramai mat minah saleh.
::: Boleh ke pergi sana dengan package yang agensi sediakan? :::
Izyan lagi suka korang pergi dengan agensi yang berdaftar! dan Izyan rasa lagi murah dan berbaloi dari korang plan sendiri. Asalkan tempah awal semuanya. :)
::: Bahagian mana paling best kalau bercuti dekat sana? :::
Izyan rasa best area Pantai Cenang! Sebab Izyan suka view time senjaa. Nampaklah keindahan ciptaan Allah.
::: Izyan rasa motel tu selesa ke tidak? :::
Selesa kalau korang tak demand tinggi dan korang just nak tidur (takhabiskan masa dalam bilik jer) sebab nama pun motel, so dia biasa-biasa jer.
Jujur Izyan cakap malam-malam lagi meriah dari petang sebab korang akan nampak ramai orang keluar dari sarang masing-masing. Ceh mcm burung dahh. Dekat tepi Pantai Cenang ada tempat mengurut (muslim) dan ada fire show dekat tempat orang-orang bershishaa.. dan ramai mat minah saleh.
::: Boleh ke pergi sana dengan package yang agensi sediakan? :::
Izyan lagi suka korang pergi dengan agensi yang berdaftar! dan Izyan rasa lagi murah dan berbaloi dari korang plan sendiri. Asalkan tempah awal semuanya. :)
::: Bahagian mana paling best kalau bercuti dekat sana? :::
Izyan rasa best area Pantai Cenang! Sebab Izyan suka view time senjaa. Nampaklah keindahan ciptaan Allah.
::: Izyan rasa motel tu selesa ke tidak? :::
Selesa kalau korang tak demand tinggi dan korang just nak tidur (takhabiskan masa dalam bilik jer) sebab nama pun motel, so dia biasa-biasa jer.
::: Makanan sana mahaih ka? :::
Mahaih laa jugak, agak-agak dan takdak laa harga student. Tapi kalau nak diet makan roti + jem/kaya tu okey laa.
::: Motel sediakan sejadah ke telekung ke?:::
Tak sediakan, bawak sendiri. Maybe sebab Izyan bawak semua dah kot, so Izyan taklah serabut sangat nak fikir.
::: Apa jer ada dekat Langkawi Walk tu?:::
Gerai/kedai makan, buah-buahan dan souvenir.
LIST CONTACT FOR ALL THE SERVICE YANG IZYAN GUNAKAN
- Kereta Sewa (016-4176036)
- Mangorve Tour Langkawi (013-4169023)
- Amzar Motel Sdn Bhd Pantai Cenang Langkawi (012-5139208)
- SkyCab ( https://tripcarte.asia/product/langkawi-cable-car-skycab/?gclid=CjwKCAiAnsnjBRB6EiwATkM1XgGLC9KlTCWmdVsjRa_lp9om7hvLK-vMGsbVZeheVKFjV1Hnii5-uRoCvz0QAvD_BwE ) ini link untuk info sahaja. kitorang beli tiket di kaunter.



