Thursday, 20 June 2019

Alamak, NEW COMMITMENT !!

Assalammualaikum ! Eh! lamakan Izyan tak publish new post dekat sini. 
Lately ni memang busy gila, your know what ? Izyan dah delete post lama! Oh nice Izyan nice! Back to story, sekarang Izyan dah ada commitment as Majlis Perwakilan Pelajar 2019/2020 (MPP) di Kptm Alor Setar. 

Mpp 19/20

Maybe agak rushing untuk publish new entry tanpa ada feeling. Hahahaa. (sekarang Izyan Cuti sem dan sem depan dah sem 6 uollss!!) 

So, Izyan nak share sikitlah pengalaman Izyan lepas dapat tanggungjawab dalam MPP ni, selaku Exco Kediaman dan Luar Kampus. Alhamdulillah untuk jawatan ini dan ni adalah satu cabaran dan taklupa juga Izyan nak dapatkan lagi pengalaman baru sebab sebelum ini Izyan hanya didalam Majlis Perwakilan Kediaman (MPK) sahaja. Nak suarakan nasib-nasib pelajar yang tinggal diasrama agak susah sebab kena melalui MPP jugak. And the ends of sem 3 Izyan telah memutuskan keputusan untuk masuk dalam percalonan MPP 19/20 dan  undian adalah daripada pelajar-pelajar Kptm Alor Setar sendiri dan of courselah kena promote diri sendiri.. 

Cabaran yang bakal dilalui adalah sangat mencabar dan cara pengurusan masa tu amat penting supaya tak terlalu tekanan dalam belajar. 

Disini, Izyan nak share how we handle the event together and make a new friendship antara kitaorang semua.

makan-makan (4 Mei 19)
One things is , kitaorang semua daripada kos yang berbeza dan jaranglah nak bercakap (sebelum jadi Mpp). Tapi nak dikatakan kitaorang memang kadang-kadang tu tak pernah pun berjumpa. Walaupun Kptm Alor Setar ni bangunan kedai jer. Tapi realiti, kecil-kecil KPTM AS ni pun jaranglah nak berjumpa. 

Nak jadikan cerita tak silap 27 Feb 2019 kami telahpun diberikan tanggungjawab selaku Mpp baru. 

Nak uruskan satu event memang agak sukar kalau tak ada teamwork yang bermutu. Tapi, Izyan bersyukur gila sebab dapat teammate yang semua bagi kerjasama yang baik dan berkualiti. Semua mempunyai tugasan dan peranan yang berbeza dalam melaksanakan apa-apa jua event tidak kiralah sebelum kejadian, semasa kejadian dan selepas kejadian. Semuanya berjalan seperti yang dirancang walaupun bukan hundred percent  tetapi cukuplah kita cakap ikut flow seperti yang di dalam tentatif program event tersebut.

Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri (10 Jun 19)
Nak jadikan cerita sebelum event kami akan buat meeting and discussion. Meeting and discussion ni penting untuk team. Alhamdulillah, dapat pulak leader (presiden) yang efektif  ツ cukuplah yang mampu merangka perjalanan dan memberikan nasihat/jalan penyelesaian dalam sesuatu permasalahan yang berlaku. 


Teamwork adalah penentuan sama ada berjaya atau tidak sesuatu organisasi tersebut.  kita perlu faham dalam setiap event atau meeting yang kita nak lakukan, kadang tu tak semua akan turut serta, dan kira perlu respect mereka. Untuk mencapai kerjasama team yang baik bukanlah hal yang mudah, kita perlu bersikap positif. Semua orang ada kelebihan dan kekurangan, dan dalam teamwork inilah kita boleh menonjolkan keunikan masing-masing. Cukuplah guna teamwork rules! 
 


Teamwork rules ???
what its? 

  1. Follow the leader
  2. Communication
  3. Coordination
  4. Achieving a goal
  5. Collaborate


masa ni habis  Iftar Jamaie dan Nuzul Al-Quran (20 Mei 19)
Dalam Mpp juga, Izyan belajar dimana kita perlukan masa untuk kita spend together with our teammate, masa ni yang dapat menyatukan dan memperkuatkan lagi ikatan dalam team supaya tidak bercerai berai. Hahahahaa.. Nanti jenuhlah nak bermasam muka dalam satu team, tak bestlah kalau macam tu! Cukuplah handle satu event dan bermasam muka dalam event tersebut jer dan diluar kita boleh make a joke dan menggila bersama-sama. ☺

Alamak ! New Commitment ni bukan masalah yang besar, tapi masalah besar bila takdapat bahagikan masa . 


Motivation is what get you started.
Commitment is what keeps you going. 

MPP 19/20 bersama Pengarah Kptmas