Tuesday, 31 March 2020

Perintah Kawalan Pergerakan (Covid-19) in POSITIVE WAYs

Assalammualaikum semua ❤

Alkisahnya pada 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020, kerajaan telahpun menyarankan agar melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan disambung pula kepada 14 April 2020 ni, hal ni sebabnya tindakan drastik ekoran peningkatan kes COVID-19 dekat dalam Malaysia. Dengan Kes yang tertinggi setakat ini (31 Mac 2020) adalah 2766 kes dengan angka kematian sebanyak 43 Kes. Nampak tak betapa membahayanya coronavirus disease 2019.



COVID-19 alert - https://en.wikipedia.org/wiki/Coronavirus_disease_2019

COVID-19 (Maklumat Terkini) - http://www.moh.gov.my/index.php

Bolehlah rajin-rajin baca link kat atas tu ye ↑↑↑

Apa-apa pun kita banyak-banyakkan berdoa agar kes ini fully stop before ramadan 2020 ini, senjata bagi orang islam adalah doa.

Sesungguhnya, Allah telahpun memberikan setiap waktu dan masa dengan pelbagai keberkatan yang berbeza-beza, di antaranya ada waktu-waktu yang terbaik untuk berdoa tapi ramai daripada kita sia-siakan kesempatan tu.

Eloklah, pada masa PKP ni kita duduk mentabiah diri, check mana yang kurang kita tambah, mana yang sedia-sedia ada kita sempurnakan. Kehidupan kita ini penuh dengan liku-liku ujian dan dugaan, sama ada dalam bentuk negatif atau positif.

Tapi banyakkan masa kita yang terluang ini boleh dikatakan kita boleh merapatkan lagi hubungan kekeluargaan kita bersama ibubapa kita dan adikberadik yang lain. Yup! Masa inilah yang terbaik, ni sebab ramai yang balik kampung/rumah pada awal PKP dijalankan. Ramai pulak yang balik kampung/rumah akibat tiada tempat bergantung selain keluarga. Jadi, boleh kot kita fikirkan masa bersama mereka dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Selain itu, jangan lupa amalkan social distancing dari orang sekeliling. CHIILL ! bukan suruh duduk rumah sampai nak siram pokok depan rumah pun tak boleh 🀣 hahahahaa kang kumurungan pulak ...

Jadi Izyan pun dok rasa memang takdak kerja nak buat sepanjang PKP ni, actually, Izyan banyakkan habis dalam bilik jaa.. Tapi kadang-kadang  tu ada jaa Izyan berkebun, masak, mengemas dan buat kerja dari rumah... boring tu memang! Tapi try cover boring tu dengan mencipta hobi, iaitu duduk tengok youtube TEDx Talks/TED (Boleh tambah knowledge in English) tadabbur daily (bacaan ayat-ayat al-quran dan terjemahan) , layan Netflix such Pandamic: How to Prevent an Outbreak, 100 Humans, and other (Izyan suka all genres but pilih jugak laa) tapi banyak dramas. Eh! Izyan tengok ja Documentaries, History, Science.. hahahahaaa..

NETFLIX DRAMAS, IZYAN SUGGEST JUGA YE! BUAT PERMINAT NETFLIX.

  1. Can't Help Falling in Love (Filipino)
  2. Bride for Rent (Filipino)
  3. You're my Boss (Filipino)
  4. Crazy Beautiful You (Filipino)
  5. She's Dating the Gangster (Filipino)
  6. Barcelona: A Love Untold (Filipino)
  7. Laskar Pelangi 
  8. FilosofiKOPI
  9. What's Up with Love 
  10. What's Up with Love 2
  11. Soekarno (Indonesia's First president
  12. 3 idiots 
  13. Queen 
  14. Zindagi Na mIlegi Dobara 
  15. 93 Days

KALAU NAK LIST SAMPAI ESOK TAK HABIS . 


Izyan kalau bosan teruk sangat tu, Izyan akan tengok youtuber macam Nisha Ezzati (Makeup), Aisyah Habshee, Aisha Liyana, Immy Maryam. Bella Khan, Athisha Khan, Allie Sherlock (English Song Cover), Hijrah Day (motivate me) and also Noel Faizal (hahahaa suka cara dia explain pasai produk2)

Alhamdulillah tak murung lagilah duduk rumah ☺☺☺

IZYAN BOLEH SHARE SERBA SEDIKIT IZYAN PUNYA LIFE TIME PKP NI, tak menarik pun. Tapi dalam tempoh ini kita jangan lupa mandi kerap, basuh tangan, dan jaga makan-minum.


 BYE ! nanti Izyan update lagi ye.






3 comments:

Unknown said...

Aisyah suka dgn ayat izyan,cara izyan karang ayat tu Hi Hi.menarik nice and very good..😊😊😊😘😘😘buat.lagi tau hihihi

Nurr Izzyan said...

Thank you Aisyah sebab support Izyan :)

Anonymous said...

Minat la ngan akak ni πŸ‘πŸ» bt lgi please